Saturday 29 September 2012

Semua dah Berlalu, Just be Tough

Assalamualaikumwarahmatullahhiwabarakatuh..

Hello semua, lama juga kan tak update new :) Sebelum tu bersihkan dulu habuk-habuk plus virus dalam blog aku nie, haihh~ banyak sungguh!! Fuhhh penat aku dibuatnya. Blog punya pasal aku bersihkan jugak ><

'Ribut tarak, angin pun tarak tiba-tiba je nak update pula, kenapa ni?' hati bertanya.. 'Erk, mana ada apa-apa' mulut menjawab, cuba menyimpan apa yang sebenarnya terbuku dalam mulut biar tak terlepas ke hati. 'Eah mulut, kau jangan nak tipu aku, memang kau cakap lain, tapi, aku rasa lain' hati tak berpuas hati. 'errr..' mulut tergagap. 'Dahlaa mulut, aku dah tau dah, tak payah kau nak terangkan kat aku lagi, aku dah tau semua.. sebab tuan kita menyimpan semua perasaan dia dekat sini (sambil menunjukkan dada kirinya) iaitu dekat aku, HATI dia' hati meneruskan buah bicaranya. 'erm, baguslah kau dah faham' sambil menundukkan mukanya.. rasa bersalah menyelubungi diri kerana menyembunyikan sesuatu daripada kawan baiknya sendiri..

Sakit mata orang tau, ulser mulut tak boleh bercakap, tapi kalau sakit hati... ada sesiapa ke yang tau ada sesiapa ke yang boleh cakap, takda kan? Macam tu laa rasanya aku sekarang, susahlaa nak mermadah-madah nie. Straight jelaa, aku tak tau perasaan aku sekarang nie, haru-biru semuanya.. Sedih, gembira, sakit hati, ikhlas.. semua tu aku tak tau dah nak cakap macam mana. Bersatu-padu dalam satu hati.

Soal hati dan perasaan, tidak ada seorang pun boleh menghalangnya dari berlaku, 'Seribu orang yang dilahirkan di dunia ini, seribu juga perasaan yang ada di dunia ini kerana setiap manusia mempunyai perasaan mereka yang tersendiri'

'Kita lahir di dunia ini tanpa mengetahui takdir kita. Kita hanya mengetahui dimana kita dilahirkan itu pun kerana mempunyai catatan pada surat beranak, sesuatu yang sukar diingkari, bila rasa itu timbul, kita sendiri tidak mampu menolaknya. Semuanya sudah disusun atur oleh ALLAH. ia datang bukan dengan sendirinya tetapi dengan izin dari ALLAH sendiri, kalau ALLAH dah menetukan kita mencintai seseorang maka terjadi lah ia'

 Sampai sini sahaja, need to take wudhu' for resting my heart. Percaya pada ALLAH, Dia mengetahui yang terbaik buat kita, assalamualaikum, nite



I’m sorry but i love you,
I’m sorry if i miss you,
Even if i can’t have you ,
You know i’ll always be there for you,


No comments: